Jika mempunyai badan berbau pada wanita & lelaki, anda bolehlah
amalkan petua seperti berikut:
§
Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu
rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan
air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
§
Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan
bersih. Sapukan timun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang
kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau
badan anda akan hilang.
§
Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas
itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada
tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 5 minit sebelum dibilas dengan air
atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
§
Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah
dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
§
Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat.
Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk.
Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang
terakhir.
§
Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun
pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian
ini tiga kali seminggu.
§
Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian
badan tertentu terutamannya di ketiak.
§
Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas
hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah
berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
§
Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit
beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh.
Lakukan setiap malam sebelum tidur.
§
Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit
sebelum dibilas dengan air bersih.
§
Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan
terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Insya
Allah, badan yang berbau akan hilang. Selamat mencuba.
Info: Cara mengawal bau badan
· Kerap mandi
· Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
· Elak pengambilan makanan tinggi choline
(bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
· Berhenti merokok.
No comments:
Post a Comment