Friday 2 March 2012

Sambal Pegaga

Sambal untuk orang yang ingin 'awet muda'



Bahannya :-


2 ikat pegaga (dihiris)
2 cwn udang kering (rendam dengan air panas)
5 biji limau nipis (if suka masam, sila tambah - ambil airnya)
2 sudu cili kisar
2 @ 3 biji lada thailand
3 biji bawang merah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya :-


1. Hiris pegaga sederhana halus. Uli dengan garam (untuk mengurangkan rasa pahit). Cuci lagi hingga hilang sedikit rasa masin. Ketepikan.
2. Tumbuk udang, lada thailand & bawang merah hingga lumat. Ketepikan.
3. Pegaga yg telah dicuci tadi diuli bersama udang yg telah ditumbuk dengan lada & bawang td. Gaul dengan cili kisar dan perahan air limau td. Masukkan garam & gula tadi. Gaul rata.
4. Hidangkan sambal tadi.

No comments:

Post a Comment