Saturday 18 February 2012

Ikan Sardin Masak Pedas & Khasiatnya



Ikan Sardin Masak Pedas.


Bhnnya:
450gm Ikan sardin dlm tin 
2 sudu makan cili boh
2 sudu kecil kari ikan
2 biji tomato hidup
2 biji cili hidup
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg puteh
1 biji bwg besar
asam jawa sudu kecil (dicampur setengah cawan air)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa


Cara membuatnya:-
1. Tumis bwg merah & bwg puteh hingga naik bau. Masukkan cili boh, kacau hingga masak. Setelah itu masukkan kari ikan. Kacau lagi hingga naik bau & masak.
2. Masukkan sardin dan kacau. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam & perasa. Kacau lagi.
3. Kacau hingga masak. Kemudian hiaskn ikan tersebut dengan bawang besar & cili hidup. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA.




Khasiat Ikan Sardin.

·                     ikan tidak mengandungi lemak tepu dan ia merupakan sumber protein yang paling baik untuk keperluan tubuh badan

·                     ikan sardin mengandungi kandungan omega 3 di dalamnya yang dapat mengawal paras kolestrol, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak

·                     harganya murah serta mudah dimasak dan mengandungi protein sihat

·                     sardin dalam tin mengandungi minyak kerana sardin jenis ini tinggi kandungan kalori dan kadar lemaknya

·                     asid lemak dan selenium yang terdapat di dalam ikan sardin amat baik untuk memelihara kesihatan jantung

·                     tulang ikan sardin juga kecil dan lembut sehingga ia boleh dimakan untuk membolehkan tubuh mendapat bekalan kalsium yang baik

·                     selain kandungan omega 3 dan selenium, ikan sardin juga kaya dengan vitamin D, E, kalsium, dan protein


No comments:

Post a Comment