Monday 13 February 2012

Kebaikan Makanan Pedas.

Kebaikan Makan Makanan Yang Pedas.


1. Menyihatkan jantung
Budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi rendah. Cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

2. Mencegah kanser

Menurut American Association for Cancer Research, kapaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, dijadikan bahan dalam kari dan mustard, ianya boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk mendapatkan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.0 % lebih banyak.

3. Menurunkan berat badan
Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

4. Menurunkan tekanan darah
Vitamin A & C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan stress
Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Ha silnya makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Tetapi makan makanan pedas ada juga keburukan .. BUASIR..

No comments:

Post a Comment